PASUKAN mencari dan menyelamat Indonesia melakukan pencarian di lokasi nahas pesawat Lion Air terhempas. FOTO Reuters
Reuters

PASUKAN mencari dan menyelamat Indonesia mengesan objek sepanjang 22 meter di lokasi nahas pesawat Lion Air, kata tentera laut negara itu, hari ini.

Kolonel Haris Djoko Nugroho memberitahu sistem penyiaran TVOne, objek berkenaan dikesan malam tadi.

“Kami mengesan objek yang agak besar di bawah air di lokasi nahas,” katanya di atas kapal KRI Rigel milik tentera laut.

Penerbangan JT610 terputus hubungan dengan pejabat kawalan, 13 minit selepas pesawat Boeing 737 MAX itu meninggalkan Jakarta, awal pagi Isnin untuk perjalanan ke pekan perlombongan bijih timah di Pangkal Pinang.

Tiada penumpang atau anak kapal terselamat dalam nahas berkenaan.

Menurut Nugroho, pihaknya menggunakan alat pengesan solar untuk mengesahkan sama ada objek ditemui itu adalah serpihan pesawat.

“Penyelam tentera laut juga turut membuat pemeriksaan,” katanya.

KRI Rigel menjalankan usaha mencari kira-kira lima batu nautika dari lokasi terakhir penerbangan JT610 dihubungi. - Reuters

Berita berkaitan

Lagi berita berkaitan Nahas Lion Air

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Oktober 2018 @ 2:31 PM