GAMBAR HIASAN
Reuters

JAKARTA : Pesawat Lion Air JT610 yang terhempas awal pagi tadi di utara kepulauan Jawa adalah pesawat baru yang memulakan operasinya sejak Ogos lalu, kata Kumpulan Lion Air.

Pesawat berkenaan dipercayai karam apabila terhempas di Laut Jawa selepas meninggalkan Jakarta ketika dalam perjalanan ke hab perlombongan bijih timah Indonesia.

Lion Air dalam satu kenyataan memberitahu, kedua-dua juruterbang dan pembantunya memiliki jumlah penerbangan sebanyak 11,000 jam dan dianggap sebagai individu berpengalaman dalam mengendalikan pesawat.

Sementara itu jurucakap Boeing berkata, syarikat berkenaan sudah dimaklumkan mengenai nahas itu dan memantau rapi setiap perkembangan.

Lagi berita berkaitan Nahas Lion Air

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Oktober 2018 @ 1:22 PM