PRESIDEN Iran, Hassan Rouhani. FOTO AFP
Reuters

GENEVA: Presiden Hassan Rouhani, hari ini berkata Arab Saudi tidak akan membunuh wartawan Jamal Khashoggi tanpa perlindungan Amerika Syarikat, menurut Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Semalam, Presiden Donald Trump berkata pihak berkuasa Arab Saudi melakukan ‘perlindungan terburuk’ dalam pembunuhan Khashoggi di Turki awal bulan ini, ketika AS berjanji menarik balik visa beberapa individu yang dipercayai bertanggungjawab.

“Tiada siapa boleh bayangkan dalam dunia hari ini dan abad baru kita akan menyaksikan pembunuhan terancang seperti ini dan sistem akan merancang pembunuhan kejam itu.

“Saya tidak rasa ada negara berani melakukan jenayah seumpama itu tanpa perlindungan Amerika Syarikat,” kata Rouhani.

Iran dan Arab Saudi adalah seteru serantau dan menyokong pihak bertelagah dalam konflik di Yaman dan Syria.

Perlindungan AS membolehkan Arab Saudi melancarkan pengeboman ke atas penduduk awam dalam perang Yaman, katanya.

“Jika tiada perlindungan AS, adakah rakyat Yaman berhadapan dengan pengeboman kejam sama?” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Oktober 2018 @ 8:25 PM