PETA New Caledonia. FOTO/AGENSI
Reuters

SYDNEY: Satu gempa bumi berukuran 6.8 direkodkan di timur New Caledonia di Pasifik Selatan hari ini.

Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa berkenaan berlaku dalam tempoh sejam selepas satu lagi gempa berukuran 6.5 di kawasan sama.

Menurut USGS, gempa kedua itu berlaku 163 kilometer (KM) di timur Tadine di Kepulauan Islands pada kedalaman 10 KM.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik berpangkalan di Hawaii dan tiada maklumat terkini diterima berhubung kerosakan atau kematian.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Oktober 2018 @ 11:58 AM