DOUGLAS Ferguson. FOTO Daily Mail
Agensi

LELAKI warga emas kudung apabila cuba membunuh anak lelakinya menggunakan gergaji rantai di Tennessee (Amerika Syarikat), sebelum mangsa yang melawan secara tidak sengaja mencederakannya menyebabkan kakinya terpaksa dipotong.

Kejadian berlaku pada 28 Jun lalu, namun tertuduh, Douglas Ferguson, 76, hanya didakwa pada Selasa minggu lalu selepas mengalami kecederaan teruk akibat anaknya melawan untuk mempertahankan diri menggunakan mesin pemotong rumput.

Hubungan dua beranak itu tidak baik disebabkan perselisihan faham sebelum ini.

Herald Courier memetik Pejabat Syerif Daerah Sullivan berkata, pihak berkuasa menunggu sehingga Ferguson benar-benar sembuh kecederaannya.

Anggota keselamatan yang dikerahkan ke tempat kejadian menemui Ferguson dengan kakinya berdarah selepas menyerang anaknya yang sedang memotong rumput.

Menurut siaran akhbar disiarkan Kingsport Times-News: “Si anak mempertahankan diri menggunakan mesin pemotong rumput. Kecederaan dialami tertuduh akibat mesin berkenaan menggilis kakinya.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Oktober 2018 @ 9:34 PM