BANGUNAN yang rosak selepas dibadai Taufan Michael. FOTO/AFP
Reuters

MEXICO BEACH: Angka kematian akibat taufan Michael meningkat kepada 16 orang, ketika anggota penyelamat memulakan usaha mencari mangsa di kawasan yang paling terjejas di Florida.

Pegawai polis, Lou Roberts dalam satu sidang media, berkata tiga lagi mangsa disahkan maut di Marianna, daerah Jackson, Florida.

Namun, jumlah yang terkorban dijangka meningkat, walaupun setakat ini tiada kematian dilaporkan di kawasan penempatan di tepi pantai seperti Mexico Beach, Port St. Joe dan Panama City.

“Pasukan penyelamat masih belum mengadakan pencarian besar-besaran di kawasan itu.

“Jadi, anda boleh menjangkakan ia (angka kematian) meningkat.

“Kami masih belum memasuki kawasan yang paling terjejas (akibat taufan),” kata pegawai Agensi Pengurusan Bencana Persekutuan (FEMA), Brock Long.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Oktober 2018 @ 7:35 AM