BEBERAPA rumah kedai runtuh selepas gempa bumi. FOTO/AFP
AFP

JAKARTA : Hampir 1,200 banduan dari tiga penjara berbeza di Sulawesi berjaya melarikan diri selepas kepulauan itu dilanda gempa bumi dan tsunami minggu lalu, kata kementerian kehakiman hari ini.

Insiden berkenaan berlaku selepas bencana tsunami melanda bandar Palu Jumaat lalu.

Menteri Kehakiman, Sri Puguh Utami berkata, kesemua banduan itu melarikan diri dari dua penjara padat penghuni di Palu dan satu lagi penjara dari Donggala yang turut terjejas akibat malapetaka terbabit.

“Saya percaya mereka melarikan diri kerana takut terbabit dalam kejadian gempa bumi itu. Ia pasti berkaitan antara hidup dan mati banduan berkenaan,” katanya.

Penjara di Donggala terbakar dan kesemua 349 banduan melarikan diri,” kata Utami.

Kebanyakan tahanan terbabit dipenjara atas kesalahan rasuah dan dadah manakala lima banduan yang disabitkan dengan aktiviti pengganas sudah dipindahkan beberapa hari sebelum bencana, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Oktober 2018 @ 1:38 PM