SEORANG pemandu sengaja melanggar burung emu hingga mati. FOTO/AGENSI
AFP

SYDNEY: Pihak berkuasa Australia kini memburu tiga lelaki yang dituduh menyeksa dan membunuh kangaru dalam kes terbaru membabitkan perbuatan berlaku kejam ke atas haiwan.

Perkara itu didedahkan beberapa hari selepas seorang lelaki ditahan kerana sengaja memandu kenderaan untuk melanggar burung emu.

Polis di Australia Barat hari ini menyiarkan kepada umum beberapa gambar lelaki terbabit yang dikehendaki untuk soal siasat berhubung beberapa insiden berasingan pada Mei dan Jun lalu lalu.

Ia membabitkan insiden di mana dua kangaru diseksa dan kemudian dibunuh.

Dalam satu daripada gambar itu, seorang dua lelaki dilihat menggunakan besi tajam untuk menyeksa kangari itu.

Operasi memburu mereka dilakukan selepas satu tangkapan dibuat apabila klip video tersiar menunjukkan seorang pemandu melanggar burung emu yang mencetuskan bantahan di media sosial.

Perbuatan pemandu itu disifatkan sebagai perbuatan kejam ke atas haiwan oleh kumpulan hak binatang kerana melanggar 12 burung emu menggunakan kenderaan pacuan empat roda sambil ketawa setiap kali seekor haiwan itu dilanggar.

Seorang lelaki berusia 20 tahun ditahan di Victoria lewat Jumaat lalu berhubung kejadian itu dan dijangka menghadapi beberapa pertuduhan berdasarkan kekejaman terhadap haiwan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 September 2018 @ 2:00 PM