ANGGOTA polis ketika mengeluarkan mangsa yang ditembak. FOTO/AGENSI
AFP

WISCONSIN: Seorang lelaki bersenjata api melepaskan tembakan rambang ke arah rakan sekerjanya di sebuah syarikat perisian komputer mencederakan sekurang-kurangnya empat orang sebelum mati ditembak polis.

Ketua Polis Middleton, Chuck Foulke berkata, polis menembak lelaki itu dalam masa lapan minit selepas menerima panggilan kecemasan mengenai seorang penembak aktif di bangunan WTS Paradigma kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan.

Foulke berkata, lelaki yang bersenjatakan pistol separa automatik dan peluru tambahan itu turut menembak ke arah polis sebelum terbunuh.

“Ketika kejadian, tiga orang cedera parah manakala seorang lagi mengalami cedera ringan.” katanya.

Beliau yang enggan mendedahkan identiti suspek mengesahkan bahawa dia adalah kakitangan WTS Paradigma dan tinggal berhampiran Madison.

“Motif di sebalik serangan masih tidak diketahui dan penyiasat belum mengetahui sama ada suspek menyasarkan mangsa tertentu.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 September 2018 @ 4:09 PM