PEGAWAI meninjau menaiki Helikopter Blackhawk bagi melihat perkampungan yang dilanda banjir akibat Taufan Florence di Conway, Carolina Selatan. FOTO AFP
AFP

RALEIGH: Pihak berkuasa pengurusan kecemasan Carolina Utara berkata seramai 25 orang terkorban akibat Taufan Florence dan kini angka itu meningkat kepada 31 orang akibat banjir berikutan hujan lebat yang melanda wilayah Pantai timur Amerika Syarikat (AS) itu.

Sekurang-kurangnya enam lagi kematian dilaporkan di Carolina Selatan selepas hujan lebat menyebabkan air sungai naik mendadak.

Pihak berkuasa bimbang keadaan ini akan mengakibatkan empangan rosak dan kejadian tanah runtuh.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 September 2018 @ 1:10 PM