JEFF Bezos. FOTO AFP
Agensi

MAHU kekayaan yang melimpah ruah? Cubalah ikut jejak langkah pemilik dan Ketua Pegawai Eksekutif firma teknologi maklumat, Amazon, iaitu Jeff Bezos yang meraih AS$11.16 juta (RM46.26 juta) sejam.

Awal minggu ini, Amazon buat seketika menjadi syarikat bernilai trilion dolar kedua selepas Apple apabila menambah nilainya di pasaran sebanyak AS$434 bilion (RM1.79 trilion), tentunya satu keuntungan besar bagi Bezos.

Bezos menambah nilai peribadinya kepada AS$67 bilion (RM277.7 bilion) pada 2018, menjadikan aset keseluruhan miliknya AS$167 bilion (RM692.3 bilion), lapor Indeks Bilionair Bloomberg.

Jika menggunakan kira-kira mudah, ia menunjukkan Bezos yang meraih AS$67 bilion dalam tempoh 250 hari tahun ini, mendapat AS$268 juta (RM1.11 bilion) sehari atau AS$11,16 (RM46.26 juta) sejam.

Angka itu sejuta kali lebih tinggi daripada purata gaji pekerja gudang Amazon sebanyak AS$15 (RM62) sejam, kata Glassdoor.com, laman web yang mengkaji semula perkembangan syarikat dan pengurusan mereka oleh pekerja atau bekerja pekerja mereka.

Gaji tahunan di Amazon adalah daripada AS$58,703 (RM243,380) kepada AS$146,455 (RM607,198). Ketua Pegawai Kreatif Amazon pula menerima AS$360,462 (RM1.49 juta) setahun, kata PayScale yang memberi maklumat mengenai skala gaji, faedah pekerja dan maklumat pampasan.

Pekerja Amazon yang bergelar ‘Picker’ adalah yang paling rendah gaji tahunannya iaitu AS$25,944 (RM107,563) atau AS$12 (RM49.70) sejam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 September 2018 @ 2:45 PM