DIKATAKAN polis bunuh lapan rakan ingin sertai Taliban. FOTO/AGENSI
Reuters

KABUL: Seorang polis Afghanistan menembak mati lapan orang rakan sekerja, membakar mayat mereka dan merampas senjata semata-mata untuk menyertai militan Taliban, kata pegawai wilayah, menjadikan jumlah serangan meningkat kepada puluhan orang tahun ini.

Serangan dalaman terbaru berlaku di wilayah timur laut Takhar, beberapa hari selepas seorang tentera Amerika Syarikat (AS) dibunuh oleh seorang anggota polis Afghanistan di wilayah Logar timur, menjadikan mangsa tentera Amerika kedua dibunuh orang dalam, tahun ini.

“Kejadian berlaku pagi tadi, selepas polis tempatan melepaskan tembakan ke atas rakannya yang sedang tidur di sebuah pos pemerikasaan di darah Khwaja Ghar,” kata jurucakap olis wilayah Takhar, Khalil Asir.

Katanya, semua mayat kemudian dibakar.

Menurut Asir, pembelot itu dipercayai mempunyai hubungan dengan Taliban dan melarikan semua senjata untuk kumpulan terbabit.

Serangan orang dalam pasukan tentera atau polis Afghanistan menjadi masalah utama pasukan keselamatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Lebih banyak serangan dalaman berlaku dalam pasukan keselamatan Afghanistan berbanding pasukan Barat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 September 2018 @ 7:38 PM