KEADAAN bas yang terlibat dalam kemalangan di pergunungan Andes, Ecuador. FOTO/AFP
AFP

QUITO: Seramai 11 orang maut manakala 37 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas di pergunungan Andes, Ecuador, kata pihak berkuasa semalam.

Insiden itu sekali gus meningkatkan angka kematian akibat kemalangan kepada 46 orang sejak tiga minggu lalu.

Nahas membabitkan bas penumpang yang menuju ke Loja, di selatan Ecuador itu berlaku 21 kilometer di selatan bandar Cuenca.

“Seramai 37 orang cedera dan 11 maut dalam kemalangan pagi semalam,” kata pejabat serantau kementerian kesihatan di Twitter.

Pada 14 Ogos lalu, 23 orang terbunuh apabila sebuah bas dari Colombia yang membawa 40 penumpang warga Colombia dan Venezuela terbabit dalam kemalangan di Quito, pinggir ibu kota Ecuador.

Beberapa hari sebelumnya, sebuah bas yang membawa peminat bola sepak Barcelona terbabit dalam nahas di selatan Ecuador, membunuh 12 orang dan mencederakan 30 yang lain.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 September 2018 @ 7:56 AM