Pekerja memulangkan wang kepada pengurusan semula. FOTO fail Reuters
Agensi

SYDNEY : Seorang pekerja di Australia menerima gaji 100 kali ganda berbanding jumlah sebenar berikutan kecuaian pihak pengurusan yang silap meletak titik perpuluhan.

Pekerja terbabit sepatutnya menerima gaji sebanyak A$4,921.76 (RM14,810) tetapi sebaliknya mendapati beliau menerima A$492,176 (RM1.48 juta) gara gara kesilapan itu.

Perkara itu dilaporkan oleh ketua audit wilayah yang menganggapnya sebagai kecuaian manusia.

Pekerja terbabit berpangkalan di utara bagaimanapun memulangkan semula wang itu kepada pihak berkaitan.

Ketua Audit berkenaan mengesahkan bahawa bayaran itu dibuat empat minggu lebih awal dan boleh dilaksanakan lebih awal jika pekerja itu tidak ditempatkan di kawasan terpencil seperti sekarang.

Laporan ketua audit itu turut menyenaraikan dua jenis kesilapan iaitu kesalahan pada bahagian kemasukan data dan kegagalan pihak berkaitan menangani sistem digunakan.

Ia antara 743 kesilapan membabitkan lebihan bayaran yang dibuat jabatan kerajaan Wilayah Utara sepanjang Julai 2017 dan Januari 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Ogos 2018 @ 5:19 PM