GEGERAN gempa bumi berlaku di Iran. FOTO/USGS
Reuters

TEHRAN: Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud berlaku kira-kira 88 kilometer ke barat barat laut Kermanshah di barat Iran awal hari ini, kata Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Pusat gegaran cuma 9.6 kilometer dalam dan dirasakan sehingga ke Baghdad, menurut televisyen Iraq.

Tiada laporan kerosakan atau kematian diterima setakat ini.

Stesen televisyen Iraq melaporkan tiada kecederaan direkodkan susulan gempa bumi itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Ogos 2018 @ 8:02 AM