Agensi

LEBIH dua juta jemaah membanjiri Bukit Arafah iaitu kemuncak ibadat haji yang menyatukan umat Islam dari seluruh dunia.

FOTO AFP

Kelihatan lautan manusia memenuhi puncak bukit yang terletak di tenggara Kota Makkah bagi berdoa dan mengimbas kembali peristiwa ketika Nabi Muhammad SAW menyampaikan khutbah terakhirnya, sebelum wafat.

FOTO EPA

Seramai 30,200 jemaah haji Malaysia tiba berperingkat-peringkat di Arafah dari Maktab penginapan mereka di Makkah sejak pagi Ahad.

FOTO EPA

Wukuf adalah rukun terpenting dalam perjalanan ibadat haji dan setiap jemaah diwajibkan berada sekurang-kurangnya seketika di Arafah pada waktu ditetapkan iaitu dari waktu Zohor 9 Zulhijjah (20 Ogos) sehingga Subuh keesokan hari.

FOTO EPA

Ibadat haji yang juga rukun Islam kelima dianggap perhimpunan tahunan terbesar yang dihadiri di seluruh dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Ogos 2018 @ 2:40 PM
FOTO EPA
FOTO EPA