JEMAAH Haji berada di Arafah. Foto AFP
Agensi

JABATAN Kaji Cuaca Arab Saudi pada Ahad mengumumkan kemungkinan berlaku banjir di Makkah susulan hujan pada tahap sederhana kepada lebat, lapor akhbar Al Arabiya.

Pihak berkuasa meramalkan cuaca tidak stabil membabitkan Makkah, Mina dan Arafah akan berterusan malam semalam.

Hujan turun ketika dua juta umat Islam berada dalam khemah di Mina untuk menyambut Hari Tarwiyah.

Tiada amaran dikeluarkan kerana bimbangkan keselamatan jemaah Haji yang akan meninggalkan Arafah menjelang subuh semalam.

Imej dan video akhbar Al Arabiya di media sosial menunjukkan kelambu Kaabah, Kiswah, tertanggal disebabkan angin kencang di Makkah petang kelmarin.

Musim haji dikawal ketat pihak berkuasa Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Ogos 2018 @ 8:02 AM