PENYU terancam di perairan kawasan Amerika Selatan. FOTO/AFP
AFP

TUXTLA GUTIERREZ (MEXICO) : Pihak berkuasa Mexico mengesahkan penemuan 122 bangkai penyu di sebuah pantai di selatan negeri Chiapas, kebanyakannya dari spesis terancam.

Kementerian alam sekitar dalam satu kenyataan berkata, punca kematian masih tidak diketahui namun 10 peratus dari penyu itu mengalami kesan kecederaan di bahagian kepala dan cengkerang, serta menunjukkan kesan luka akibat jala atau mata kail.

“PIhak berkuasa tidak dapat menjalankan bedah siasat kerana kesemua bangkai itu sudah terlalu reput apabila ditemui,” kata kementerian itu.

Kesemua bangkai itu ditemui di pantai Puerto Arista, satu pekan kecil di perairan Pasifik.

Sebanyak 111 daripada bangkai itu adalah dari spesis Pacific Ridley yang diancam kepupusan.

Mexico mengharamkan penangkapan penyu sejak 1990 namun pasaran gelap menjual telur haiwan terbabit masih bergerak aktif.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Ogos 2018 @ 12:29 PM