IMRAN. FOTO Agensi
Agensi

BEKAS bintang kriket Pakistan, Imran Khan, 65, bakal mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Pakistan, pagi esok, lapor Associated Press of Pakistan (APP).

Imran, pemimpin Tehreek-e-Insaf dipilih menerusi pengundian Dewan Negara.

Beliau memperoleh 176 undian, menewaskan pencabarnya Shehbaz Sharif dari Liga Muslim Pakistan-Nawaz yang sekadar mendapat 96 undi.

Parti Rakyat Pakistan dan Jamat-e-Islami bagaimanapun tidak mengundi pada pemilihan itu.

Imran terkenal kerana pernah mengetuai pasukan kriket kebangsaan ketika Pakistan menjuarai Kejohanan Kriket Piala Dunia pada 1992.

Berdasarkan laporan media sebelum ini, Imran pernah bernikah dengan wartawan British, Jemima Goldsmith, pada 1995 dalam upacara yang mendapat liputan meluas media antarabangsa.

Bagaimanapun, pasangan itu yang dikurniakan dua anak, bercerai sembilan tahun kemudian.

Imran berkahwin kali kedua dengan penyampai cuaca BBC, Reham Khan, pada Januari 2015, tetapi mereka bercerai 10 bulan kemudian.

Pada Februari tahun ini, Imran mengahwini Bushra Maneka, 39, yang dilaporkan media sebagai 'perawat kerohanian'.

Bushra ibu tunggal, anak lima sebagai 'penasihat keagamaan' dan individu yang sangat beliau hormati pandangannya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Ogos 2018 @ 10:05 PM