KRITERIA penampilan ‘macho’ tidak lagi diperlukan bagi calon polis di Parana, Brazil. Foto AP
AFP/Agensi

MEREKA yang memohon menjadi anggota polis di selatan Brazil tidak perlu bimbang jika dianggap tidak cukup tegap atau ‘macho.’

Ini berikutan keputusan pihak berkuasa untuk menggugurkan kriteria ‘maskulin’ daripada 72 ciri yang diperlukan bagi calon polis di negeri Parana.

Malah, satu lagi kriteria yang turut digugurkan ialah larangan bagi mereka untuk bercinta.

Kriteria memiliki penampilan ‘macho’ itu adalah sebahagian daripada keperluan profil psikologi yang dituntut perlu ada bagi calon yang memohon 16 tugas berbeza, sama ada pemohon lelaki atau wanita.

Perkataan maskulin itu ditakrif sebagai ‘keupayaan seseorang individu untuk tidak terganggu langsung jika melihat sesuatu yang ganas, tidak terjejas dengan kata-kata lucah, tidak mudah emosi dan tidak berminat dalam hubungan intim atau bercinta.

Selepas dikritik satu pergerakan gay, persatuan guaman Brazil dan kerajaan kerajaan negeri Parana, pihak polis meminda peraturan berkenaan.

Dalam versi baru, maskulin digantikan dengan keupayaan ‘bertahan’ manakala soal hubungan intim dibuang.

Menurut portal berita tempatan, calon mulai sekarang perlu lulus dua pertiga syarat kelayakan psikologi untuk membolehkan permohonan mereka diberi pertimbangan.

Ini bermakna, sekalipun calon tertentu tidak cukup maskulin, mereka tidak akan digugurkan serta merta daripada pertimbangan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Ogos 2018 @ 3:37 PM
Skip this ad x