GAMBAR hiasan
AFP

NEW DELHI: Seorang pelancong Perancis dipukul hingga mati dan mayatnya dicincang hingga lumat, di selatan India, kata polis hari ini dan seorang pelajar lelaki mengaku bersalah melakukan jenayah itu.

Mayat lelaki berusia 68 tahun itu dijumpai dibungkus dalam tiga beg kecil di daerah Thanjavur, Tamil Nadu, pada Ahad.

Pegawai kanan polis, Senthil Kumar berkata, seorang pelajar berusia 29 tahun, ditahan, mengaku membunuh lelaki Perancis ketika bertengkar selepas pasangan itu mengadakan hubungan seks.

“Pelajar itu yang kecewa dan bertindak memukul lelaki itu di kepala menggunakan kayu menyebabkan dia pengsan,” katanya.

Kumar berkata kedutaan Perancis di New Delhi sudah dimaklumkan berhubung pembunuhan itu. Jurucakap kedutaan yang dihubungi AFP berkata tidak dapat memberikan sebarang maklum balas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Ogos 2018 @ 12:44 AM