KAMAL HAASAN

MUMBAI: Pelakon filem Tamil terkenal, Kamal Haasan, bakal menggegarkan arena politik India selepas mencipta nama sebagai pelakon di negara itu.

Filem terbaru pelakon itu akan mula disiarkan esok.

Haasan ialah antara nama besar dalam sinema India dan tampil dalam lebih 200 filem sejak memulakan kerjayanya pada usia enam tahun lebih setengah dekad lalu.

Pelakon berusia 63 tahun itu, yang berhadapan penapisan filem, baru-baru ini membentuk parti politiknya sendiri dan bercadang berjuang bagi kebebasan artistik yang dikatakannya dikekang.

“Ia berlaku di seluruh negara dan perlu dicabar.

“Setiap artis perlu menegaskan haknya untuk bercakap,” kata Haasan.

Ikon skrin yang memenangi pelbagai anugerah itu ialah yang terbaru dalam senarai panjang pelakon India berharap untuk mengubah populariti mereka di layar perak kepada undian di kotak undi.

Haasan melancarkan Makkal Needhi Maiam Februari lalu, parti politik beribu pejabat di Tamil Nadu yang diterjemahkan kepada ‘Pusat Keadilan Rakyat’ dalam bahasa tempatan.

Ia akan mengambil bahagian pada pilihan raya buat kali pertama pada proses pengundian umum India, berkemungkinan diadakan pada musim bunga apabila Perdana Menteri Narendra Modi bertanding untuk penggal kedua.

Pengkritik menuduh parti berhaluan kanan Hindu, Bharatiya Janata, pimpinan Modi menyemarakkan perpecahan dan memberikan ruang kepada sentimen anti-Islam.

Haasan, yang filemnya berkisarkan politik sejak 1980-an, berkata keutamaan partinya akan mempertahankan kebebasan berucap, dan mengekalkan dan menjamin kepelbagaian dan kualiti pelbagai agama negara itu. — AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Ogos 2018 @ 10:52 PM