PETUGAS sedang memeriksa mangsa gempa bumi di khemah kecemasan. Foto EPA
Reuters

SEKURANG-kurangnya 91 terkorban apabila gempa bumi berukuran 6.9 magnitud menggegarkan pulau percutian, Lombok dan Bali, semalam.

Jurucakap agensi pengurusan bencana, Sutopo Purwo Nugroho, berkata, sebahagian besar yang terbunuh dicatatkan di bahagian utara pulau Lombok, iaitu berhampiran pusat gempa.

“Dua mangsa maut di pulau berhampiran, Bali,” kata Sutopo.

Beliau berkata, angka kematian dijangka terus meningkat selepas semua maklumat mengenai mangsa diperoleh pasukan penyelamat.

“Proses mengumpul dan mengemaskini data mangsa sentiasa berterusan dan usaha menyelamat masih diteruskan,” kata Sutopo dalam satu sidang media.

Katanya, setakat ini, tiada rakyat asing dilaporkan menjadi mangsa insiden gempa bumi berkenaan.

Sutopo berkata, sekurang-kurangnya 209 mangsa dilaporkan cedera akibat kejadian terbaru itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Ogos 2018 @ 12:26 PM