KEADAAN selepas kebakaran di sekitar Athens. FOTO/AFP
AFP

ATHENS: Pihak berkuasa Greece berkata, sekurang-kurangnya 81 orang maut dalam kebakaran di sekitar Athens, ketika pasukan penyelamat menyerbu masuk rumah penduduk dan kereta yang terbakar bagi mencari mangsa yang terselamat.

Jumlah penduduk tempatan dan pelancong yang melarikan diri ke laut turut meningkat bagi mengelak kebakaran yang memusnahkan bandar dan kawasan perkampungan berhampiran Athens.

Angin dengan kekuatan 100 kilometer sejam turut menjadi punca kebakaran semakin merebak hingga memusnahkan hutan dan ratusan bangunan.

Malah, media tempatan menggambar ia sebagai satu tragedi kebangsaan, selepas Perdana Menteri, Alexis Tsipras terpaksa memendekkan lawatannya ke Bosnia, dan mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Julai 2018 @ 8:03 AM