PENDUDUKAN tempatan ketika cuba untuk memadam kebakaran. FOTO/AFP
Reuters

MATI (Greece): Sekurang-kurangnya tujuh maut dalam kebakaran hutan yang melanda wilayah berhampiran Athens, semalam, yang turut menyaksikan puluhan penduduk lari meninggalkan kediaman mereka.

Menurut saksi, mereka melihat sekurang-kurangnya empat mayat di jalan raya di Mati, iaitu kira-kira 29 kilometer di timur Athens.

Destinasi tumpuan pelancong itu musnah apabila kebakaran mula merebak dengan cepat sejak jam 5 petang (waktu tempatan).

Dua mangsa yang terkorban, masing-masing ditemui di dalam dan di bawah kereta, manakala dua lagi penunggang motosikal maut ketika cuba menyelamatkan diri di pantai berhampiran.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan mengesahkan tiga lagi kematian dan jumlahnya dijangka meningkat.

“Beberapa individu dilaporkan hilang, termasuk empat pelancong dari Denmark.

“Sekurang-kurangnya 56 lagi penduduk disahkan cedera,” kata pegawai kesihatan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Julai 2018 @ 7:42 AM