GAMBAR fail menunjukkan anggota polis memeriksa lokasi kejadian di daerah Yarang, Pattani. Ibrohem (gambar kecil). FOTO Ihsan Bangkok Post
Agensi

LELAKI dihukum mati kerana membunuh tujuh orang dan mencederakan lapan lagi dalam siri serang hendap di wilayah sempadan selatan Thailand, lima tahun lalu.

Ibrohem Sungaibaru, 28, didapati bersalah melakukan serang hendap hingga menyebabkan empat renjer separa tentera mengalami cedera parah di Kampung Ban Kortor Ranor di tambon Klong Mai, daerah Yarang, Pattani pada 12 September 2013.

Bangkok Post melaporkan, dalam kejadian itu, empat renjer terbabit ditembak ketika sedang membaiki tandas di masjid Kortor Ranor.

Menurut salah seorang renjer yang terselamat, Aniwat Janmol berkata, kebiasaannya penduduk tempatan akan membantu pasukannya melakukan kerja membaiki tandas itu, namun mereka meninggalkan kawasan terbabit akibat diserang.

Serangan berlaku ketika enam lelaki tiba di kawasan terbabit dengan menaiki pikap hitam sebelum melepaskan tembakan ke arah renjer dengan raifal.

Sementara itu, Ibrohem turut didapati bersalah melarikan dan mencuri kenderaan di tambong Bor Thong di daerah Nong Chik pada 1 Ogos 2013 serta menyerang hendap sami Buddha dan orang awam di daerah Mae Lan pada 13 Februari 2014 hingga menyebabkan empat orang terbunuh dan tujuh cedera.

Thanawee berkata, Ibrohem yang ditahan di Songkhla pada April 2016 berhak membuat rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan. -Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Julai 2018 @ 9:48 PM