SEDUTAN filem Hotel Transylvania 3: Summer Vacation.
AFP

FILEM animasi Hotel Transylvania 3: Summer Vacation terbitan Sony kekal mengungguli carta box office Amerika Utara dengan jualan tiket mencecah AS$44.1 juta (RM178 juta), menurut anggaran industri semalam.

Filem komedi fantasi animasi yang menampilkan suara termasuk Adam Sandler dan Selena Gomez itu berkisar mengenai pengalaman percutian Count Dracula dan keluarganya.

Ia sekali gus menyingkirkan filem di tempat pertama minggu lalu, Ant-Man and the Wasp, yang kini di kedudukan kedua dengan kutipan AS$28.8 juta (RM116.6 juta) pada hujung minggu lalu, menurut agensi penilai industri Exhibitor Tracker.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Julai 2018 @ 2:38 PM