TENTERA Thailand melakukan tabik hormat kepada pasukan ambulan yang membawa mangsa ke hospital. FOTO/AFP
AFP

MAE SAI, Thailand: Mangsa ke-11 berjaya dibawa keluar dari gua di Thailand, sebentar tadi, kata sumber tentera laut dan pegawai wilayah dalam usaha dramatik untuk menyelamat 12 remaja pasukan bola sepak dan jurulatih mereka yang dijangka berakhir hari ini.

“Individu ke-11 berjaya dibawa keluar,” kata sumber tentera laut kepada AFP, yang enggan dikenali tetapi tidak mengesahkan sama ada yang diselamatkan itu remaja atau jurulatih berusia 25 tahun.

Pegawai wilayah Chiang Rai berkata, mangsa ke-11 itu terus dibawa ke hospital lapangan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Julai 2018 @ 7:11 PM