GAMBAR hiasan
BERNAMA

POLIS sudah menahan pengetua sekolah yang sudah bersara, 99, atas dakwaan merogol seorang pelajar perempuan berusia 10 tahun di selatan negeri Tamil Nadu, lapor agensi berita China Xinhua.

Bapa kepada tujuh anak itu ditahan pada Sabtu di ibu negeri Chennai atas dakwaan melakukan penderaan seksual ke atas pelajar perempuan terbabit yang tinggal di kawasan kejiranan suspek, kata seorang pegawai kanan polis pada Isnin.

Pegawai penyiasat polis berkata jenayah itu terbongkar apabila pelajar perempuan terbabit baru-baru ini mengadu sakit perut dan dihantar kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Pegawai polis itu berkata, suspek mengaku melakukan jenayah tersebut.

“Dia kemudian dibawa ke mahkamah dan ditahan reman selama 14 hari. Siasatan kes itu sedang dijalankan," katanya.

Kes jenayah seksual semakin meningkat di India sejak berlakunya kes rogol berkumpulan ke atas seorang penuntut perubatan wanita berusia 23 tahun yang begitu kejam sehingga membawa maut dalam sebuah bas di Delhi pada 2012.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Julai 2018 @ 9:37 PM