ANTARA pelancong di Phuket yang terselamat. Foto EPA-EFE
AFP

BERPULUH-puluh pelancong China dipercayai terperangkap dalam bot yang kini terdampar 40 meter di bawah permukaan laut, kata gabenor Phuket hari ini ketika penyelam cuba mendapatkan bot itu.

Setakat ini 56 orang dilaporkan hilang dari Phoenix selepas dipukul ombak besar semalam, kata gabenor Noraphat Plodthing kepada wartawan.

“Saya anggap mereka terperangkap di dalam bot, tetapi saya sangat berharap sebahagian mereka selamat,” katanya.

Ketika kejadian, bot itu baru saja meninggalkan lokasi snorkeling popular di Koh Racha untuk kembali ke Phuket membawa 105 penumpang.

Mayat seorang pelancong dipercayai warga China turut ditemui semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Julai 2018 @ 1:15 PM