LOKASI kejadian tikaman pisau di Idaho. Foto AP
AFP

SEORANG kanak-kanak perempuan tiga tahun meninggal dunia selepas parah dalam insiden tikaman pisau di Idaho, Amerika Syarikat (AS) dua hari lalu, kata polis.

Polis dalam satu kenyataan berkata, kanak-kanak itu diterbangkan ke Utah untuk mendapatkan rawatan namun gagal diselamatkan disebabkan kecederaan yang dialaminya.

“Lapan lagi mangsa, seorang kanak-kanak sudah dirawat dan dibenarkan keluar dari hospital. Tujuh lagi mangsa masih berada di hospital, ramai di antaranya mengalami kecederaan parah atau kritikal,” kata polis.

Serangan malam Sabtu lalu berlaku ketika sambutan hari lahir di pangsapuri kos rendah untuk pelarian.

Suspek dikenal pasti polis sebagai Timmy Kinner, 30, dari Los Angeles, melakukan serangan bermotif balas dendam selepas diminta meninggalkan kediaman itu di ibu negeri Boise Jumaat lalu.

Dia kemudian kembali malam Sabtu, menyerang kanak-kanak terlebih dulu sebelum menyasar orang dewasa yang melindungi mereka.

Kinner dijadualkan dihadapkan di mahkamah Isnin depan untuk mendengar pertuduhan.

Berita berkaitan

Tragedi hari jadi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Julai 2018 @ 8:46 AM