POLIS sedang mengawal lokasi seorang lelaki menyerang tetamu ketika majlis hari jadi. Foto KBOI
AFP

SEORANG lelaki bertindak menyerang tetamu parti hari lahir menggunakan pisau di kompleks pangsapuri pendapatan rendah bagi pelarian di Idaho, Amerika Syarikat (AS) dan mencederakan sembilan orang termasuk enam kanak-kanak.

Polis berkata, serangan itu bermotif balas dendam selepas lelaki dikenal pasti sebagai Timmy Kinner, 30, dari Los Angeles diminta meninggalkan kediaman itu di ibu negeri Boise Jumaat lalu.

Ketua polis, Bill Bones pada sidang media berkata, lelaki itu bukan pelarian, namun tinggal bersama seorang kenalan selama beberapa hari.

Dia kemudian kembali malam Sabtu untuk ‘membalas dendam,’ menyasar kanak-kanak yang hadir meraikan parti hari lahir kanak-kanak berusia tiga tahun sebelum menyerang dewasa yang cuba melindungi mereka.

Kanak-kanak terbabit berusia antara tiga hingga 12 tahun. Empat daripada mangsa mengalami cedera parah, namun polis tidak mengesahkan jika mereka kanak-kanak atau dewasa.

Kebanyakan pelarian dalam kompleks itu berasal dari Syria, Iraq dan Habsyah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Julai 2018 @ 7:44 AM