GUNUNG berapi Agung meletus lagi. Foto REUTERS
AFP

LAPANGAN terbang antarabangsa Ngurah Rai Bali ditutup susulan letupan gunung berapi yang menyebabkan asap tebal dan abu setinggi 2,000 meter ke udara mula menyelubungi pulau pelancongan Bali

Menurut pihak berkuasa, lapangan terbang itu ditutup sejak 3 pagi tadi (waktu tempatan) dan dijangka berterusan hingga hari ini, selepas juruterbang pesawat mengesan abu gunung berapi setinggi 7,000 meter selepas gunung berapi Agung meletus, semalam.

“Berdasarkan jangkaan agensi meteorologi, abu gunung berapi itu dijangka tiba ke kawasan lapangan terbang pada pagi Jumaat,” kata jurucakap lapangan terbang, Yanus Suprayogi dalam satu kenyataan.

Berikutan itu, katanya, tempoh penutupan lapangan terbang itu mungkin perlu dikaji semula.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 48 jadual penerbangan sudah dibatalkan termasuk milik AirAsia dan JetStar.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Jun 2018 @ 8:37 AM