BEG kanvas yang diterima tetamu majlis perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle. FOTO EPA
Daily Mail

WANITA yang mendapat ‘tiket emas’ menghadiri majlis perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle, Sabtu lalu menjual beg hadiah diterima pada acara itu di eBay dengan harga lebih £21,000 (RM112,000).

Claire Oliver, 31, antara 1,200 tetamu bukan VIP digelar ‘Juara Masyarakat’ yang dijemput untuk majlis di luar St George’s Chapel Sabtu lalu seterusnya diberi peluang menemui pasangan pengantin dan tetamu terkenal mereka dengan lebih dekat.

Claire menawarkan beg hadiah diterima pada majlis itu di eBay, sebelum dijual kepada pembida tertinggi dengan harga £21,400 (RM114,000). Beg kanvas yang tertulis nama pasangan diraja itu mengandungi antara lain surat khas daripada Harry dan Meghan, sebotol air Istana Windsor, coklat syiling, setin biskut dan baucer diskaun untuk pembelian di kedai cenderahati istana berkenaan.

Claire antara lebih 25 tetamu yang menawarkan beg hadiah diterima kepada pembida tertinggi, malah Daily Mail melaporkan ada yang menjualnya dengan harga lebih £30,000 (RM159,000), hanya beberapa jam selepas acara berakhir.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Mei 2018 @ 12:29 AM