PAGOURTZIS didakwa membunuh 10 orang. FOTO/AFP

SANTA FE: Pelajar berusia 17 tahun yang dikatakan pihak berkuasa membunuh 10 orang apabila melepaskan tembakan dalam kelas seni di sekolah tinggi di Houstin tidak menunjukkan sebarang emosi pada pagi selepas kejadian itu, kata seorang peguamnya semalam.

Remaja, dikenali pegawai penguat kuasa undang-undang sebagai Dimitrios Pagourtzis, didakwa dengan membunuh dan ditahan tanpa ikat jamin di Santa Fe, Texas, lokasi beliau melepaskan tembakan rambang sejurus sebelum 8.00 pagi kelmarin.

Selain 10 kematian, dia turut mencederakan sekurang-kurangnya 13 lagi, dengan dua daripadanya dalam keadaan kritikal.

Seorang daripada mangsa kritikal itu ialah salah seorang daripada dua pegawai sumber sekolah yang berlawan dengan penembak sebelum dia menyerah diri.


IBU bapa menunggu pelajar di luar sekolah. FOTO/AFP

Salah seorang peguam yang diupah ibu bapa suspek, Nicholas Poehl, memberitahu beliau berada bersama Pagourtzis selama sejam malam kelmarin dan pagi semalam.

“Dia amat emosi dan peliknya, tiada emosi. Ada beberapa aspek dia memahaminya dan ada yang tidak difahaminya,” kata Poehl ketika diminta menggambarkan kewarasan anak guamnya.

Ketika tembakan dilepaskan, Pagourtzis, melepaskan beberapa yang disukainya supaya ada pihak menceritakan kejadian itu daripada pihaknya, menurut dokumen pendakwaan.

Namun tidak diketahui mengapa dia mensasarkan kelas seni.

Keluarga suspek berkata dalam kenyataan, mereka amat sedih dan kecewa dengan kejadian dan terkejut seperti juga orang lain. – Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Mei 2018 @ 7:35 AM