ANGGOTA polis membuat kawalan di perkarangan Penjara ibu pejabat Briged Polis Mobile (Brimob). FOTO Reuters
Reuters

POLIS Indonesia dilaporkan sedang berunding dengan banduan militan di penjara berkawalan tinggi susulan rusuhan pada lewat Selasa di premis itu di pinggir Jakarta.

Penjara ibu pejabat Briged Polis Mobile (Brimob) di Depok itu menjadi tempat tahanan beberapa militan malah Daesh menerusi agensi beritanya, Amaq mengaku bertanggungjawab bagi kejadian itu.

Ditanya mengenai kematian, kecederaan atau pengambilan tebusan dalam kejadian itu, jurucakap polis kebangsaan Muhammad Iqbal enggan mengulas kerana rundingan masih berlangsung dengan banduan terbabit.

“Kami masih menggunakan pendekatan memujuk kerana mereka banduan yang disabitkan kes pengganas dan memerlukan strategi khas,” katanya.

Menurutnya, kejadian membabitkan satu blok penjara apabila perbalahan tercetus selepas banduan dilaporkan tidak puas hati pihak berkuasa memeriksa makanan mereka.

Daish mendakwa 10 anggota antikeganasan terbunuh dalam kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mei 2018 @ 5:19 PM