Putera William bersama Kate dan bayi mereka meninggalkan Lindo Wing di Hospital St Mary di Paddington, London. FOTO EPA-EFE
Agensi

LONDON: Putera William dan isterinya, Kate menamakan bayi lelaki mereka, Louis Arthur Charles, menurut Istana Kensington membuat pengumuman itu, hari ini.

Kenyataan istana menyatakan, bayi diraja itu akan memakai gelaran His Royal Highness Prince Louise of Cambridge.

“Duke dan Duchess of Cambridge gembira mengumumkan nama anak lelaki kedua mereka, Louis Arthur Charles.

Bayi itu akan memakai gelaran His Royal Highness Prince Louis of Cambridge,” kata kenyataan istana.

Nama itu memberi penghormatan kepada bapa saudara William, Louis Mountbatten, yang dibunuh IRA (pergerakan separa tentera Ireland) pada 1979 manakala Charles adalah bapa William.

Arthur menjadi nama kegemaran untuk anak ketiga pasangan itu.

Nama Louis adalah ke-71 popular di England dan Wales ketika ini.

Bayi diraja itu lahir seberat 3.8 kilogram pada jam 11.01 pagi, Isnin lalu.

Louis adalah cicit keenam Ratu Elizabeth, yang berusia 92 tahun Sabtu lalu dan suaminya, Putera Philip.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 April 2018 @ 7:20 PM