WILLIAM (kanan) bersama Kate di London pada 22 Mac 2018. FOTO AFP
Reuters

ISTERI Putera William, Kate Middleton, selamat melahirkan anak ketiga pasangan itu di hospital di London, hari ini.

Bayi lelaki itu dilahirkan pada 11.01 pagi waktu tempatan dan seberat 3.8 kilogram.

Kenyataan Istana Buckingham menyatakan, William berada di sisi isterinya ketika Kate melahirkan pewaris kelima takhta Britain itu di Hospital St Mary di barat London.

Dua lagi anak mereka, George dan Charlotte turut dilahirkan di hospital berkenaan.

“Ratu, Duke of Edinburgh, Putera Charles, Duchess of Cornwall, Putera Harry dan anggota kedua-dua keluarga dimaklumkan dan gembira dengan berita itu.

“Kate dan anak berada dalam keadaan sihat,” menurut kenyataan istana.

Bayi itu ialah cicit keenam Ratu Elizabeth dan berada di belakang George, Charlotte, William dan datuknya, Putera Charles, sebagai pewaris takhta.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 April 2018 @ 8:39 PM