Ainsley menggigit jari anggota polis ketika dia cuba digari untuk dibawa ke lokapnya. FOTO New York Post.com/NYS Division of Criminal Justice Services
Daily Mail

New York: Seorang lelaki dituduh menggigit jari tengah anggota polis sehingga putus dan menelannya ketika ditahan kerana melakukan vandalisme.

Ainsley Johnson, 34, dilaporkan menggigit hingga putus jari polis berusia 24 tahun itu di dalam balai polis di Brooklyn, malam Jumaat lalu selepas melawan ketika hendak digari untuk dibawa ke lokapnya.

Johnson dan anggota itu bergelut sebelum dia menggigit hujung jari mangsa pada bahagian kuku.

Rakan setugas mangsa tidak sempat menyelamatkan jarinya.

Johnson sebelum itu ditahan kerana merosakkan pintu dan tingkap kereta BMW seorang lelaki turut dikenakan tuduhan menyerang polis dan melawan penangkapan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 April 2018 @ 12:27 PM