PAPARAN imbasan X yang menunjukkan terdapat cincin dalam kerongkong kanak-kanak terbabit. FOTO Agensi
Agensi

KANAK-kanak dua tahun terpaksa dikejarkan ke hospital kerana tertelan cincin berlian ibunya dalam kejadian di Zhuhai, wilayah Guangdong, Jumaat lalu.

Kejadian berlaku ketika ibunya terlena kira-kira 10 minit selepas makan tengah hari dan membiarkan anaknya bermain cincin berkenaan.

Kemudian, dia dikejutkan dengan tangisan kuat anaknya sambil menunjukkan jari ke arah mulut dan menyebut ‘cincin’.

Wanita yang panik itu terus bergegas ke hospital bersama anaknya itu.

Kanak-kanak itu bagaimanapun bernasib baik apabila doktor berjaya mengeluarkan cincin berkenaan yang tersangkut di tekaknya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Mac 2018 @ 9:59 PM