Polis menahan Lopez dan menjumpai ribuan sisa dan cebisan tulang mangsa dibunuhnya selepas dilarutkan dengan asid. FOTO CEN
Daily Mail

Mexico City: Polis menemui sisa mayat sekurang-kurangnya 240 orang yang dipercayai dibunuh pembunuh upahan yang menggunakan asid untuk melarutkan mangsanya di dalam tong sebelum membuangnya ke dalam kubur besar.

Pihak berkuasa percaya pembunuhan itu dijalankan Santiago Meza Lopez atau dikenali sebagai El Pozolero yang didakwa bekerja untuk kartel dadah Sinaloa di Mexico.

Dia turut digelar ‘The Soup Maker’ (Pembuat Sup) disebabkan kaedah pembunuhan kejam digemarinya itu.

Siasatan mendapati kemungkinan terdapat 650 mangsa ditanam di sekitar kawasan dikenali The Chicken Coop yang terletak di Tijuana, negeri Baja California itu.

Menurut laporan Daily Mail, Lopez ditahan pada 2009 selepas disyaki mempunyai kaitan dengan pembunuhan sekurang-kurangnya 300 orang tetapi sehingga kini masih menunggu hukuman dijatuhkan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Mac 2018 @ 10:48 PM