Putera Turki (gambar kiri) memberi amaran pertumpahan darah dan huru-hara akan berlaku. Gambar kanan, pasukan bersenjata wanita Palestin memegang raifal Kalashnikov ketika menyertai perhimpunan membantah tindakan Amerika mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel di Gaza, hari ini. - Foto AFP
Reuters

“PERTUMPAHAN darah dan huru-hara akan berlaku akibat tindakan anda yang mahu mendapat perhatian politik

“Tindakan anda mencetuskan elemen paling bahaya dalam masyarakat Israel kerana mereka menganggap tindakan anda sebagai lesen untuk menghalau penduduk Palestin dari tanah mereka dan menjadi negara apartheid.”

Itu antara kata-kata dalam surat bekas ketua agensi perisikan Arab Saudi, Putera Turki al-Faisal kepada Presiden Donald Trump yang disiarkan akhbar Arab Saudi hari ini.

Bekas duta ke Washington dan anak Raja Faisal itu yang masih berpengaruh juga berkata tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel akan menyebabkan Iran campur tangan kerana mendakwa merekalah pelindung sebenar penduduk Palestin.

Arab Saudi berusaha menjalin hubungan lebih baik dengan Amerika ketika pentadbiran Trump berbanding ketika Barack Obama yang menandatangani perjanjian nuklear dengan Iran - musuh utama Arab Saudi.

Bapa Putera Turki, Raja Faisal dibunuh pada 1975. Abangnya Putera Saud al-Faisal menjadi menteri luar selama 40 tahun sehingga 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Disember 2017 @ 10:21 PM