Dihujani gas pemedih mata di Ramallah.
Bantahan di Baitulaham.
Tentera Israel bersedia menembak penduduk Palestin yang menunjuk perasaan serta membakar tayar di jalan raya di Hebron, Tebing Barat.
Reuters

SERAMAI 17 penduduk Palestin cedera akibat tembakan tentera Israel, ketika bantahan di beberapa kawasan di wilayah diduduki Israel, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Di Hebron dan Al-Bireh, Tebing Barat, ribuan penunjuk perasaan berhimpun sambil melaungkan ‘Baitulmaqdis ibu negara Palestin’.

Ada penunjuk perasaan melempar batu ke arah tentera Israel yang membalas dengan tembakan gas pemedih mata serta peluru getah.

Sekurang-kurangnya seorang penunjuk perasaan cedera akibat tembakan peluru hidup manakala 15 lagi akibat peluru getah.

Di Semenanjung Gaza, ratusan penunjuk perasaan berkumpul dekat tembok sempadan Israel dan melempar batu ke arah tentera di seberang tembok.

Dua penunjuk perasaan cedera akibat tembakan peluru hidup dengan kritikal.

Pihak Berkuasa Palestin (PA) menyeru mogok besar-besaran membantah tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Disember 2017 @ 10:48 PM