Presiden Lubnan, Michel Aoun (kanan) bersama Perdana Menteri Saad Hariri ketika mesyuarat kabinet di Istana Presiden di Baabda, Beirut, hari ini. - Foto DALATI NOHRA via EPA
Reuters

PERDANA Menteri Lubnan Saad al-Hariri membuat kejutan apabila menarik balik peletakan jawatannya hari ini, dan menegaskan semua anggota kerajaan bersetuju berkecuali daripada sebarang konflik di rantau negara Arab ‘demi melindungi hubungan ekonomi serta politik.’

Bulan lalu, Hariri mengumumkan peletakan jawatannya dari Arab Saudi namun selepas itu menyatakan mungkin menarik balik peletakan itu jika kerajaan Lubnan bersetuju dengan dasar mengasingkan diri daripada konflik di rantai berkenaan.

Kenyataan kerajaan yang dibacakan Hariri: “Kabinet berterima kasih kepada pemimpinnya (Hariri) kerana menarik balik peletakan jawatan.

“Semua komponen politik kerajaan memutuskan mengasingkan diri daripada semua konflik, pertikaian, perang atau isu lain dengan saudara kami negara Arab.”

Iran menyokong kumpulan bersenjata Shiah, Hezbollah, yang berkuasa di Lubnan, sesuatu yang dibimbangi Arab Saudi.

Lubnan mendakwa Arab Saudi yang mempunyai hubungan baik dengan Hariri, memaksanya meletak jawatan dan ‘menahannya’ di Riyadh sehingga campur tangan Perancis. Arab Saudi menafikan dakwaan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Disember 2017 @ 10:52 PM