Reuters

BUKAN seorang, rupanya dua lelaki berhati binatang merogol anak saudara mereka berusia 10 tahun hingga mengandung dan keduda-dua mereka didapati bersalah oleh mahkamah di Punjab, India, hari ini.

Julai lalu, mahkamah tidak membenarkan kanak-kanak itu menggugurkan kandungan kerana usia kehamilan sudah 30 minggu yang boleh mengancam nyawanya.

Undang-undang India tidak membenarkan pengguguran kandungan berusia lebih 20 minggu kecuali nyawa ibu dalam bahaya.

Kanak-kanak perempuan itu bersalin melalui kaedah C-section di sebuah hospital di Chandigarh, Punjab, Ogos lalu, dan bayi perempuannya kini dijaga pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada keluarga angkat.

Kanak-kanak terbabit tidak tahu dia akan bersalin kerana ibu bapanya memberitahu dia akan menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan batu.

Budak itu memberitahu polis dan aktivis kebajikan kanak-kanak, dia dirogol beberapa kali oleh seorang bapa saudaranya berusia 40 tahun.

Bagaimanapun, ujian DNA yang dibuat mendapati lelaki itu bukan bapa kepada bayinya, menyebabkan polis mencari suspek lain membawa kepada penangkapan seorang lagi bapa saudaranya berusia 38 tahun selepas ujian DNA menunjukkan dia adalah bapa bayi terbabit.

Perbicaraan bapa saudara yang lebih tua itu berlangsung selama sebulan manakala bapa saudara kedua, 18 hari.

Mahkamah menetapkan esok sebagai tarikh menjatuhkan hukuman.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 November 2017 @ 7:41 PM
Skip this ad x