WANITA Arab Saudi memandu tanpa lesen di Riyadh pada 28 Oktober 2013. FOTO EPA
Reuters

RAJA Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud pada Selasa mengarahkan rakyat wanita negara itu dibenarkan memandu.

Buat masa ini, hanya rakyat dan penduduk lelaki dibenarkan memandu dan Arab Saudi melarang rakyat wanitanya daripada memandu.

Menurut laporan agensi berita SPA, perintah diraja itu mengarahkan pembentukan badan kementerian bagi memberi nasihat dalam tempoh 30 hari sebelum dilaksanakan menjelang 24 June 2018.

Ia turut mensyaratkan pemberian lesen kepada pemandu wanita perlu mematuhi piawaian Syariah.

Maklumat lanjut tidak diberi namun langkah itu dipersetujui Majlis Cendekiawan Kanan Agama Arab Saudi.

Sementara itu, duta Arab Saudi ke Amerika Syarikat, Putera Khaled Salmat berkata, ia “satu langkah bersejarah dan hari besar di negaranya.”

"Pemimpin kami berpendapat ia masa tepat bagi pelaksanaan ini kerana Arab Saudi mempunyai masyarakat muda dan dinamik," katanya kepada pemberita.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 September 2017 @ 10:42 AM