Khemah sementara yang ala kadar dipasanga pelarian Rohingya dekat Tangkhali, Ukhiya, Bangladesh, yang kini sesak dengan puluhan ribuan pelarian. Ada yang tidur dalam hutan yang terdedah kepada bahaya haiwan liar dan berbisa. - Foto EPA-EFE
Agensi

SEORANG pelarian lelaki dan seorang kanak-kanak Rohingya yang baru tiba, maut dipijak gajah liar ketika sedang tidur di bawah khemah ringkas dekat hutan di Cox’s Bazar, Bangladesh, hari ini.

Reuters melaporkan jurucakap polis Bangladesh, Chailau Murma, berkata seorang lelaki dewasa dan kanak-kanak berusia bawah tiga tahun mati dalam kejadian itu manakala tiga lagi yang cedera dihantar ke hospital.

AFP melaporkan kejadian itu berlaku awal pagi, hari ini, di pinggir kem pelarian Kutupalong di Cox's Bazar.

Chailau berkata, memang ada gajah liar dalam hutan berhampiran kawasan puluhan ribu pelarian Rohingya menjadikan pusat penempatan sementara mereka.

Menurutnya, gajah terbabit kemudian masuk ke dala hutan.

Pihak berkuasa Bangladesh sedang dalam proses memindahkan semua pelarian ke kawasan lain bagi memudahkan kerja mengawasi dan pengedaran bantuan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 September 2017 @ 7:01 PM