Bayi Rohingya yang baru tiba di di kem pelarian sementara Ukhia, dekat Teknaf, Bangladesh, tidur berbumbungkan payung dan kiri, kanak-kanak pelarian Rohingya yang tidak terurus di kem pelarian itu. - Foto AFP
Reuters

PEGAWAI tertinggi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengecam ‘operasi kejam’ tentera Myanmar terhadap etnik Muslim Rohingya di Rakhine menggelar ia sebagai ‘contoh pembersihan etnik dalam buku teks’.

Zeid Ra'ad al-Hussein yang menyampaikan taklimat kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva berkata, pihaknya mendapat laporan pembunuhan kejam dan pembakaran kampung oleh tentera Myanmar ketika hampir 300,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.

“Selain laporan, kami juga ada gambar satelit menunjukkan pasukan keselamatan dan militan tempatan membakar perkampungan Rohingya, selari dengan dakwaan pembunuhan, termasuk menembak penduduk yang melarikan diri,” katanya.


Ribuan umat Islam Pakistan menyertai tunjuk perasaan di Karachi membantah kekejaman terhadap etnik Rohingua oleh kerajaan Myanmar. - Foto EPA

Beliau juga mengesahkan Myanmar memasang periuk api di sempadannya dengan Bangladesh dan akan meminta pelarian yang pulang menunjukkan bukti mereka adalah warganegara.

Etnik Rohingya di Myanmar dilucutkan semua hak, termasuk warganegara.

“Keadaan di sana seperti contoh pembersihan etnik dalam buku teks,” kata Zeid.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 September 2017 @ 7:48 PM