PUTERA William (kiri) dan Kate ketika lawatan ke Heidelberg, Jerman pada 20 Julai 2017. FOTO AFP
Reuters

PUTERA William dan isterinya, Kate bakal menimang anak ketiga mereka.

Berita itu disahkan Kensington Palace dalam satu kenyataan, hari ini.

“Duke dan Duchess of Cambridge (Putera William dan Kate) dengan gembira mengumumkan Duchess of Cambridge hamil dengan anak ketiga.

“Ratu Elizabeth dan ahli keluarga turut gembira dengan berita ini.”

Seperti dua kehamilannya sebelum ini, Kate turut menghidap mabuk hamil dan dirawat di Kensington Palace selepas membatalkan acara rasmi, hari ini.

William dan Kate mempunyai dua anak, George, 4, dan Charlotte, 2.

William, 35 adalah anak sulung Putera Charles serta cucu Ratu Elizabeth.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 September 2017 @ 6:02 PM