GAMBAR hiasan, suasana di Masjidilharam, kelmarin. - Brunei Islam

Makkah: Bahagian bawah kiswah atau kelambu Kaabah akan disingkap naik sehingga kira-kira tiga meter dan digantikan dengan kain kapas setinggi dua meter dari bawah bangunan itu.

Ketua Pengarah Kompleks Raja Abdul Aziz bagi Kiswah Kaabah, Mohammed Bagoudaha berkata, keputusan itu dicapai selepas rundingan diadakan bagi mengelak kelambu itu dirosakkan oleh jemaah haji.

Akhbar Al-Riyadh memetik Bagoudaha sebagai berkata: “Ia langkah bagi menghalang kiswah dirosakkan.

“Ada jemaah yang menunaikan rukun Haji begitu berminat menyentuh kelambu itu. Ada yang sanggup menggunting sebahagian kiswah berkenaan, kononnya untuk dijadikan cendera mata. Ada pula untuk tujuan tahyul.”

Menurutnya, perbincangan berakhir dengan persetujuan untuk menyingkap naik sehingga tiga meter bahagian bawah kiswah dan kain putih akan dipasang bahagian bawah sekeliling Kaabah. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Ogos 2017 @ 2:35 AM